Laman Sirah

September 25, 2005

Perjalanan Yang Pertama Ke Negeri Syam Dan Usaha Mencari Rezeki Halal

Filed under: Sirah Nabawiyyah

Dalam usia dua belas tahun, bapa saudara Baginda - Abu Thalib, membawa bersama-samanya ke Negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama “Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Beliau memerhatikan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam, kemudian bertanya kepada Abu Thalib.

(more…)

September 23, 2005

Keputeraan Nabi Dan Penyusuannya

Filed under: Sirah Nabawiyyah

Adapun nasabnya Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama ‘Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.

(more…)

September 22, 2005

Saki-Baki Agama Hanif

Filed under: Sirah Nabawiyyah

Ini juga satu muqaddimah penting yang mesti dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai kefahaman mengenai pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh ke belakang kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini kepada mereka yang melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh dengan berbagai tuduhan palsu melalui sangkaan palsu.

(more…)

Nabi Yang Terakhir

Filed under: Sirah Nabawiyyah

Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah Nabi yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umat Islam (ijma’). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai (‘Aqidah). Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:

(more…)

Rahsia Pemilihan Jazirah Arab

Filed under: Sirah Nabawiyyah

Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan Semenanjung ‘Arab, di mana Baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dan bumi ini dan bangsa ‘Arab pula sebagai pembawa obor da’wah Islamiyyah.

(more…)

September 16, 2005

Pasukan Bergajah Abrahah

Filed under: Sirah Nabawiyyah

KEMBALI kita kepada Raja Zu Nuwas, raja Yaman yang fanatik Yahudi, yang memerintah negeri yang makmur dan kaya raya, yang telah melenyapkan penduduk Najran di dalam parit berapi kerana penduduk itu menganut agama Nasrani yang diajarkan oleh Nabi Isa AS.

Rupanya ada seorang lelaki penduduk Najran yang dapat meloloskan diri dari pembunuhan kejam itu. Lelaki ini lari dan meminta pertolongan kepada raja Rom, atas nasib penduduk Najran yang beragama Nasrani yang telah mengalami nasib buruk itu.

(more…)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome | Theme designs available here